Dapatkan pengetahuan tentang reflexology dan urutan pada kaki dengan pakar urutan, Andrew Lai. Dia adalah pemenang anugerah dalam cara pengajarannya dan diakui oleh International Standard Organization, iaitu ISO 9001:2000.

Andrew juga memberi demo secara terperinci dalam teknik-teknik urutan pada kaki kiri dan kanan ke atas budak, orang berumur, lelaki dan perempuan. Pada bahagian reflexology, Andrew akan membincangkan fisiologi tubuh badan, tanda-tanda (terutamanya tentang geriatric), sejarah, dan carta tentang hubungan bahagian-bahagian tubuh badan pada peta tapak kaki. Demo urutan yang menyeluruh ini menunjukkan teknik-teknik mengurut bahagian-bahagian kaki untuk fleksibelnya, keselesaannya, dan sistem pengedarannya. Jurulatih anda akan menunjukkan cara-cara menyediakan kaki untuk urutan, mengurut kaki untuk keseluruhan badan, dan fokus pada bahagian tertentu. Rawatan ini boleh menjawab kepada diabetes, serangan sakit jantung, darah tinggi, gastrik, kegemukkan, insomnia, batuk, theumatism, slimming, kolesterol tinggi, diarrhea dan pelbagai lagi.

Cara ini juga menunjukkan kekuatan peta kaki tertentu dan yang manakah paling efektif pada titik-titik refleksi. Contohnya, seseorang dengan masalah sistem pencernaan akan menerima manfaat yang lebih baik dengan urutan pada kaki, manakala yang sakit pada bahu akan diberi urutan pada bahagian telinga terutamanya.

 

Larangan dan Peringatan dalam Urutan Kaki

Tukang urut perlu menyoal pelanggannya sebelum urutan. Antaranya adalah lima situasi di mana tukang urut tidak akan memberi urutan.

    Kurang daripada 60 minit selepas makan.
    Semasa kehamilan.
    Semasa datang bulan
    Mempunyai penyakit-penyakit jantung.
    Sedang mengalami kesakitan.

Langkah-langkah urutan

  1. Pelanggan mestilah berasa aman dan selesa sebelum urutan. Jikalau pelanggan berasa cemas atau minda dan aktiviti badan tidak teratur, urutannya mungkin tidak akan mencapai keputusan yang sepatutnya.
  2. Pelanggan akan menerima urutan hanya selepas makan dan satu jam. Jikalau tidak, pelanggan mungkin akan berasa pening atau ingin bermuntah.
  3. Cucikan kaki sebelum urutan.
  4. Mengurut kaki untuk berseimbang denan organ-organ. Kemudiannya, mengurut dengan ream atau minyak sebelum urutan.
  5. Gunakan tangan kanan untuk menekan pada titk-titik yang diperlukan.
  6. Mengurut seluruh kaki dengan berwaspada.
  7. Tangan dan jari memberi perasaan yang lebih baik daripada kayu urut.
  8. Minum segelas air selepas urutan. Air tersebut akan membersihkan kotoran yang dikeluarkan daripada badan selepas urutan.